Saturday, August 27, 2016


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Kali ini saya kongsikan dua orang klien takaful saya yang telah saya bantu untuk menyelesaikan tuntutan kemalangan dan bayaran balik kos rawatan pesakit luar manakala satu lagi kemasukan ke hospital tanpa ko-takaful dan elaun harian di hospital.

Syukur klien gembira, saya pun gembira.







Saturday, August 20, 2016

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, saya kongsikan gambar-gambar kemeriahan saya bersama rakan-rakan dari group Khalifah KL Rizal menjamu selera.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2016 Group Khalifah KL Rizal di Level 11, Menara AIA, KL Turut hadir Mr Mohan (Presiden MDRT Malaysia), Bos Rizal dan AIA Life Planners.




















Thursday, August 18, 2016


PENGENALAN DIRI
Assalamualaikum wbt, 
Sahabat dan Sahabiah,
Pertamanya ingin saya melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberikan saya kesempatan waktu untuk mencipta blog ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga kita semua memperoleh SYAFA'AT beliau di hari Akhirat kelak. Amiin. 
Alhamdulillah,
Diri saya..
Saya mulakan dengan nama singkatan saya, panggil sahaja saya sebagai HAMDI. Ia adalah nama yang biasa digunakan oleh adikberadik, rakan-rakan dan mereka yang mengenali saya. Pada mulanya saya memang penggiat dalam dunia Blogger dalam beberapa tahun lalu tetapi setelah mendapat tawaran belajar masuk ke universiti tempatan, saya kurangkan aktiviti tersebut untuk memberi fokus dalam pembelajaran akademik. Selepas 2 tahun tamat pengajian di universiti, barulah minat blog ini datang semula. Cuma, blog kali ini agak berbeza dari blog sebelum-sebelum ini. Kerana blog kali ini saya lebih mahu berkongsi pengalaman saya yang lebih berkisar atas apa yang saya lakukan. Mungkin sebahagian darinya boleh dijadikan sumber rujukan kepada pembaca blog ini. 
Asal-usul...
Saya telah dilahirkan di negeri yang paling sibuk di semenanjung sebelum ibubapa saya berpindah ke negeri popular dengan masakan Ikan Patin Tempoyak ketika itu umur baru masuk setahun. Hampir 18 tahun saya membesar di negeri yang terkenal juga dengan sungai yang terpanjang di semenanjung, jadi saya lebih biasa perkenalkan diri dari negeri tempat saya membesar. Saya mempunyai adikberadik yang ramai (lebih dari 10 orang) dengan seibu seayah, sekarang hampir ke semua mereka menetap di negeri kelahiran saya. 
Sekarang..
Saya pula sekarang telah pun secara rasminya menetap di negeri Melaka  Bandaraya Bersejarah selepas isteri saya telah diterima menjadi guru di salah sebuah sekolah di dalam negeri kelahirannya. Alhamdulillah.. Walaupun begitu, masih kerap juga pulang ke kampung untuk melawat abah di kampung. 
Akademik dan Kerjaya..
Jika para pembaca ingin mengetahui serba sedikit mengenai akademik saya secara ringkasnya. Saya merupakan lulusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari politeknik dan universiti awam masing-masing di Perak dan di Melaka. Major kursus pembelajaran saya adalah dalam bidang kejuruteraan. Dari segulung diploma dan ijazah yang dimiliki. Alhamdulillah, saya sempat bekerja di sebuah syarikat elektronik di Melaka selama 2 tahun. Selepas itu saya telah bekerja sebagai Perancang Hayat di AIA Public Takaful dengan SEPENUH MASA sehingga sekarang.
NEVER SELL, ALWAYS SHARE
KHAIRUL HAMDI BIN SHAPUAN
013 - 4014007
AUTHORIZE LIFE PLANNER 
AIA PUBLIC TAKAFUL BERHAD